Kelantan diisytihar PKP bermula esok

Kelantan menjadi negeri ke tujuh yang akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok sehingga 26 Januari nanti.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain Kelantan perintah ini juga akan dilaksanakan di Sibu, Sarawak, susulan peningkatan kes Covid-19.

“PKP di seluruh Kelantan akan berkuat kuasa bermula 16 Januari (esok) hingga 26 Januari. Penguatkuasaan di Sibu pula, yang turut meliputi Selangau dan Kanowit, berkuat kuasa bermula 16 Januari (esok) hingga 29 Januari.

“Prosedur operasi standard (SOP) di dua kawasan itu adalah sama dengan enam negeri lain yang kini dikenakan perintah itu,” jelasnya dalam sidang akhbar khas perkembangan Covid-19 di sini hari ini. – K! ONLINE.

Leave a Reply