Bau terputus hubungan


Bau: Usaha anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau berdepan kesukaran untuk membantu memindahkan mangsa banjir di daerah ini disebabkan jalan utama dinaiki air.

Ketua BBP Bau, Tawang Linggem berkata, keadaan itu menyebabkan pihaknya tidak dapat menggerakkan anggota dan aset ke lokasi terjejas banjir.

Menurutnya, antara jalan yang terputus ialah Jalan Bau-Lundu, Jalan Bau-Tondong, Jalan Bau-Jagoi dan Jalan Bau-Krokong, yang menjadi laluan utama menghubungkan seluruh daerah ini.

“Sejak malam semalam, kami mendapat begitu banyak panggilan daripada mangsa banjir yang memohon bantuan pemindahan tetapi kami tidak dapat datang disebabkan terputus hubungan.



“Lori tidak dapat masuk, bot pun tidak dapat masuk kerana ia perlu ditunda menggunakan pikap untuk dibawa ke lokasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tawang berkata setakat ini, keadaan banjir di sini semakin buruk disebabkan paras air Sungai Sarawak Kanan yang menaik susulan hujan tanpa henti.

Katanya, antara kawasan terjejas teruk ialah di Siniawan, Tondong, Buso dan Singai, yang terletak tidak jauh dari sungai.

“Peratusan kawasan terjejas melebihi 70 peratus, sehinggakan ada kampung yang tidak pernah banjir selama ini pun banjir seperti Kampung Stass dan Kampung Grogo,” katanya.



Selain banjir, Tawang berkata daerah ini turut terjejas oleh tanah runtuh, yang menimbus jalan-jalan utama di sekitar Krokong, Tringgus, Kopit, Jagoi dan Singai. HM

Mayat mangsa dibaham buaya dijumpai terputus dua



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker