Kenduri, tunang, sambut hari jadi dilarang di negeri kena PKPB

KUALA LUMPUR: Prosedur operasi standard (SOP) di negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditambah dengan larangan pergerakan merentas negeri.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata SOP PKPB kali ini turut diperketatkan dengan larangan untuk aktiviti industri mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE).

“Majlis rasmi dan tidak rasmi kerajaan atau swasta, majlis sosial seperti kenduri kendara, majlis perkahwinan, pertunangan, resepsi, aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, ‘reunion’, ‘retreat’ dan lain-lain majlis sosial juga tidak dibenarkan.

“Aktiviti sukan dan rekreasi yang tidak bersentuhan fizikal dan dijalankan secara individu tidak melebihi 10 orang seperti berjalan, joging, berbasikal dan lain-lain di dalam kawasan PKPB dibenarkan dengan mematuhi SOP sektor sukan dan rekreasi,” katanya dalam sidang media di Kementerian Pertahanan di sini, hari ini

Negeri yang dikenakan PKPB adalah Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Pahang dan tiga zon di Sarawak iaitu Kuching, Sibu dan Miri.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata untuk negeri yang dikenakan PKP Pemulihan (PKPP) iaitu Perlis dan Sarawak kecuali Kuching, Sibu dan Miri, SOP yang perlu dipatuhi adalah sama seperti sebelum ini kecuali larangan pergerakan merentas negeri.

Katanya, orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung maklumat berkaitan SOP yang lebih terperinci dan perubahan daripada semasa ke semasa dengan merujuk laman sesawang rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker