“Niat Nak Cari Rezeki, Tapi Kena Saman Pula.. Dah Lah Tengah Susah”- Netizen

Menjalankan perniagaan di kawasan lampu isyarat dan kaki lima seakan sudah menjadi satu trend dalam kalangan masyarakat masa kini untuk meraih pendapatan tambahan. Tetapi lain pula kisahnya apabila beberapa peniaga telah dikenakan saman kerana menjalankan perniagaan di lampu isyarat.

Peniaga jeruk kena saman

Menurut pihak polis, aktiviti jual beli makanan di tengah-tengah jalan itu bukan sahaja menganggu aliran trafik, malah turut membahayakan keselamatan penjaja dan pembeli serta pengguna jalan raya yang lain.

Katanya, mereka yang menjaja dan membeli menggunakan cara itu boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut peruntukan sedia ada.

Melihat perkongsian yang dimuatnaik di Facebook Polis Daerah Taiping pula, beberapa pegawai Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) IPD Taiping telah mengeluarkan saman terhadap peniaga yang menjalankan perniagaan di lampu isyarat.

 

Sudah berapa kali diberi peringatan

Menurut sumber, seramai empat orang peniaga sudah dikenakan saman Pol 257 diatas kesalahan 10 A (1) Jual Barangan/Risalah/Loteri dalam satu Ops Penjaja Jalanan yang dilakukan di sekitar pentadbiran IPD Taiping.

Malah sebenarnya dorang juga sudah beberapa kali diberi peringatan dan nasihat supaya tidak meneruskan perniagaan mereka di lampu isyarat sebaliknya menggunakan kanopi untuk berniaga di jalan yang lapang. Tetapi ada di antara mereka yang masih berdegil dan tidak mengendahkan amaran oleh pihak berkuasa.

Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib adik adik ini untuk mencari rezeki yang halal. Semoga adik tabah dan dipermudahkan segala urusan. Ameen

Kredit: BawangRangers. Facebook Polis Taiping

Kerja tak perlu interview

Related Articles

One Comment

  1. Memang tak boleh berniaga kat lampu isyarat, merbahaya. Polis mesti sekat sebelum pekara sebegini menjadi trend seperti di Indonesia. Kalau nak menjaja, boleh buat di kawasan perumahan, macam orang jual ais krim. Pernah nampak di Indonesia lampu dah hijau tapi kereta depan sekali tak bergerak, masih terkial2 berurus niaga dengan penjaja. Tak boleh salahkan polis. Kalau ada yang mati kena langgar, pandai pula nak salahkan polis tak buat kerja.

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker