“Nauzubillah Nama Saya Pun Tersenarai? Sumpah Tak Ada!” – Tiz Zaqyah Bengang Dituduh Terlibat Aktiviti Pelacuran Kelas Atasan

PELAKON Tiz Zaqyah tidak menyangka namanya turut dikaitkan terlibat dengan aktiviti pelacuran kelas atasan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan pendapatan lumayan.

Menyifatkan tuduhan itu sangat keterlaluan, Tiz atau Siti Zaqyah Abdul Razak, 33, bagaimanapun tidak bimbang kerana tidak pernah terjerumus dalam aktiviti tidak bermoral berkenaan.

“Sumpah tak ada (tidak terlibat)… nauzubillah nama saya pun tersenarai? Kenapa mereka petik nama saya?



“Tapi saya tak bimbang sebab kawan-kawan kenal saya ni macam mana… saya dah stabil dalam bidang (hiburan) ni

“Saya ada kawan, mereka tahu cerita sebenar,” katanya kepada mStar. Tiz ditemui di set penggambaran drama Diva Popular di Ampang, Selangor.

Sementara itu ujar Tiz lagi, dia tidak terkejut dengan dakwaan skandal seks membabitkan selebriti kerana ia sering dilaporkan media.



Tiz Zaqyah Berang Disuruh Bergambar Lebih Seksi

“Tapi perkara ini (skandal seks) saya tak berapa hairan. Saya tinggal di Kuala Lumpur sejak kecil dan dengar banyak mengenainya

Dalam akhbar ada dilaporkan dan orang bercakap mengenainya… saya tak terkejut, ia berlaku. “Mungkin dalam kalangan kita pun ada… tapi itu mungkin cara mereka cari duit,” katanya.



Menerusi laporan media sebelum ini, terdapat beberapa selebriti wanita dan dan inuencer terkenal didakwa menawarkan perkhidmatan menjual tubuh demi kesenangan hidup.

Selebriti wanita yang terlibat dikatakan mengenakan bayaran perkhidmatan sehingga RM30,000 untuk satu malam.

Susulan kontroversi tersebut, netizen mula membuat spekulasi dengan menuduh beberapa selebriti wanita yang dilihat gemar menayangkan gaya hidup mewah di media sosial -mSTAR



Dapat DM Gambar Kemaluan Lelaki , Tiz Zaqyah posted dedahkan pelaku

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker