‘Simpati Lihat Dia Berlari Dalam Hujan Kejar Bas’

“Saya sekeluarga simpati melihatnya berlari dalam hujan pada waktu itu jadi terus pelawa dia menaiki kereta,” kata Nur Intan Syazwani Mohamad Salleh, 20.

Nur Intan memberi reaksi itu ketika diminta mengulas video dimuat naiknya di Twitter yang mendapat perhatian warganet.

[VIDEO] Lelaki Ini Berseorangan Berlari Tepi Highway Ketika Hujan. Gadis Ini Minta Ayahnya Berhenti, Rupa Rupanya….



Video itu menunjukkan seorang lelaki berlari di dalam hujan kerana mengejar bas persiaran yang meninggalkannya di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Simpang Pulai, Perak (arah selatan).

Bercerita lanjut, Nur Intan berkata, video itu dirakam ibunya, Norliza Bachok, 45, Ahad lalu ketika mereka sekeluarga dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang ke rumah mereka di Kulai, Johor.

“Sebenarnya, saya sudah perasan lelaki itu ketika berada di stesen minyak cuma sedang menunggu sebuah lagi kereta dinaiki ahli keluarga lain.



“Sebaik kereta kami keluar dari kawasan R&R, kelihatan lelaki itu berlari dalam hujan mengejar bas.

“Disebabkan kasihan, saya minta ayah berhenti untuk menumpangkannya dan lelaki itu beritahu kami yang dia tertinggal bas serta dalam perjalanan dari Jitra ke Seremban,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

 

Nur Intan Syazwani bersama bapa dan ibunya. FOTO ihsan Nur Intan Syazwani Mohamad Salleh.
Nur Intan Syazwani bersama bapa dan ibunya. FOTO ihsan Nur Intan Syazwani Mohamad Salleh.

 



Menurut Nur Intan, bapanya, Mohamad Salleh Sarponin, 47, cuba memandu kereta dengan sepantas mungkin untuk memintas bas berkenaan.

“Dalam tempoh 10 minit, ayah dapat memintas bas itu. Kami sekeluarga tidak dapat bersembang lama dengan lelaki berkenaan.

“Cuma, sebelum turun daripada kereta, dia sempat mengucapkan terima kasih, mencium tangan ayah selain meminta maaf kerana menyusahkan,” katanya yang juga anak ketiga daripada enam beradik.

Nur Intan berkata, dia tidak sangka perkongsiannya di Twitter itu menjadi tular di laman sosial tetapi berharap ada mesej positif dapat diambil mereka yang menonton.



“Sebenarnya, saya tidak aktif di Twitter jadi agak terkejut apabila ciapan saya tular dalam masa tidak sampai sehari,” katanya.

Sehingga kini, video dimuat naik Nur Intan itu meraih lebih 283,000 tontonan dengan 15,300 tanda suka dan 11,200 ulang ciap.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=sMhLM9QxOG8[/embedyt]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker