Dr. Amalina lepas 4 hari bersalin dah bawa anak bersiar-siar

Dr. Amalina lepas 4 hari bersalin dah bawa anak bersiar-siar

Pakar bedah, Dr. Nur Amalina Che Bakri mengejutkan ramai apabila semalam, dia berkongsi gambar bersama puterinya, Arabella Mia keluar berjalan-jalan sekitar London.

Apa yang menjadi perhatian, Dr. Amalina kelihatan sihat dan bertenaga meskipun baru sahaja memasuki hari keempat tempoh berpantang selepas bersalin anak sulungnya itu.



Dalam pada itu, rata-rata pengikutnya meminta petua tentang amalan yang dilakukannya supaya memiliki tenaga dalaman yang kuat selain penjagaan merawat luka bersalin dengan cepat.

Bagaimanapun, ada juga individu yang menyindir Dr. Amalina kerana tidak berpantang dengan betul.

Namun, komen tersebut dibalas oleh pengguna lain yang mengatakan, sebagai seorang doktor pasti Dr. Amalina tahu tentang penjagaan kesihatan dirinya agar tidak memudaratkan.

“Cantiknya doktor nampak bertenaga, saya dulu hari keempat lepas bersalin, masih berkain batik, tudung sarung sahaja mampu, badan masih penat nak bergerak, apa petuanya doktor?,” soal Ayuni.



“Hebat doktor Kalau saya dah jalan macam kura-kura, walaupun dah sebulan pun masih rasa lemah badan, tapi doktor mampu bawa anak jalan-jalan dekat bandar lagi, mungkin ada penjagaan cara moden yang sesuai untuk kami para ibu amalkan,” kata Suhaila. K Online

Dr. Amalina lepas 4 hari bersalin dah bawa anak bersiar-siar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?

Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk



Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker