Insiden Capitol: Seorang anggota polis maut rusuhan keganasan

POLIS mengesahkan kematian seorang anggotanya susulan tindakan penyokong Donald Trump yang merusuh di bangunan Capitol, Amerika Syarikat.

Pihak polis Capitol menerusi satu kenyataan memaklumkan, anggotanya, Brian D. Sicknick disahkan maut kira-kira jam 9.30 malam Khamis (waktu tempatan) berikutan kecederaan yang dialami akibat serangan perusuh.

“Sicknick mengalami kecederaan selepasi bertembung dengan perusuh dan dipercayai pengsan sebaik tiba di pejabatnya.



“Dia kemudian dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami,” menurut kenyataan tersebut.

BACA: Insiden Capitol Hill: Trump buka mulut, kecam tindakan penyokong sendiri

Sicknick juga merupakan mangsa maut yang kelima akibat rusuhan yang berlaku pada Rabu lalu selepas seorang wanita ditembak anggota polis apabila cuba menceroboh masuk bangunan berkenaan dan tiga lagi yang lain akibat kecederaan.

Insiden pada Rabu lalu menyaksikan ratusan penyokong Trump bertindak ganas dengan merempuh masuk ke dalam bangunan dan turut bergelut bersama anggota polis sambil melaungkan perkataan pengkhianat.



Sementara itu, Ketua Polis Capitol, Steven Sund menerusi satu kenyataan mengumumkan peletakan jawatannya berikutan apa yang berlaku selain menyifatkan insiden berkenaan sebagai ‘detik hitam’ sepanjang perkhidmatannya.

“Mereka bertindak nekad untuk memasuki ke dalam bangunan sehingga menyebabkan kerosakan yang luar biasa dan polis diserang dengan paip besi dan senjata lain.

“Ini merupakan kejadian terburuk pernah saya alami sepanjang 30 tahun khidmat saya bersama pasukan polis,” katanya menerusi kenyataan itu.

Penyokong Trump, pada Rabu mula merusuh di Capitol bagi menghalang sesi Kongres yang diadakan mengesahkan kemenangan Joe Biden sebagai Presiden AS.



Biden yang silaporkan mengecam Trump kerana terpalit dengan rekod buruk itu dan mendakwa Republikan melakukan serangan terhadap institusi demokrasi AS sejak dari mula tempoh pentadbiran presiden berkenaan selama empat tahun.

Biden dilaporkan turut mengeji tindakan Trump yang mendorong penyokongnya untuk tidak menerima kekalahan pada pilihan raya, sehingga dan akhirnya membuat tunjuk perasaan dan merusuh di Capitol.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker