Polis menahan lelaki disyaki ugut bunuh wartawan

KUALA LUMPUR: Polis kelmarin menahan seorang lelaki disyaki melakukan ugutan bunuh terhadap seorang wartawan akhbar tempatan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata tangkapan dilakukan susulan aduan diterima daripada wartawan berusia 43 tahun itu pada 28 Disember lalu.

“Mangsa mendakwa menerima ugutan bunuh daripada seorang lelaki melalui panggilan ke telefon bimbitnya, ketika berada di kediamannya di Jalan Ipoh, di sini.

“Hasil siasatan, kita menahan seorang lelaki berusia 52 tahun ketika dia hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul untuk diambil keterangan, kelmarin.

“Polis turut merampas sebuah telefon bimbit dipercayai digunakan suspek untuk menghubungi mangsa.

“Hasil siasatan lanjut, kita mendapati lelaki itu adalah bapa kepada salah seorang suspek ditembak mati oleh polis di Sungai Buloh, 25 Disember lalu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, suspek dipercayai tidak berpuas hati dengan penulisan berita oleh mangsa yang dikatakan menyokong tindakan polis membanteras kes jenayah.

“Hasil semakan mendapati suspek adalah pemegang kad orang kelainan upaya (mental) dan tiada rekod jenayah lampau.

“Selepas soal siasat selesai, suspek dibebaskan dengan jaminan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan,” katanya.

4 penyamun ditembak mati terbabit 50 kes

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker