Mayat warga emas dibunuh ditemukan dalam but kereta

Puchong: Mayat lelaki warga emas dipercayai dibunuh ditemukan dalam but sebuah kereta di Jalan Wawasan 5/2, Taman Wawasan, malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Lelaki warga emas berkenaan dipercayai warga tempatan berusia 70 tahun yang dilaporkan hilang sejak enam hari lalu.

Terdahulu, polis mendapatkan bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi mengumpil but kereta dipercayai tempat mayat dijumpai.-HM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker