Pele belum sedia serah takhta



Sebaran :

Pele (kiri) dan Cristiano Ronaldo ketika Anugerah FIFA 2009. – Foto AFP

BRASILIA: Pele menambah “Penjaring Gol Terbanyak Sepanjang Zaman (1,283)” pada biodata Instagramnya walaupun jumlah jaringan itu dipersoalkan.

Bekas pemain Brazil itu tampak terdesak untuk terus bergelar penjaring terbanyak selepas Cristiano Ronaldo memintas jumlah jaringan rasminya Ahad lalu.

Ronaldo meledak gol ke-757 dan 758 dirinya ketika kemenangan 4-1 Juventus ke atas Udinese.



Jaringan itu mengatasi jumlah diledak Pele sepanjang kariernya pada 757 gol.

Bagaimanapun legenda berusia 80 tahun itu mendakwa jaringannya jauh lebih banyak sejurus media melaporkan rekodnya diatasi Ronaldo.

Pele mengubah biodata dirinya di Instagram dengan memasukkan: “Penjaring Gol Terbanyak Sepanjang Zaman (1,283)”.



Bagaimanapun pertambahan jumlah jaringannya itu dikatakan hasil gol dalam perlawanan persahabatan atau jelajah.

Gol rasmi yang dicatat adalah ketika dia mewakili Santos, New York Cosmos dan Brazil dari tahun 1956 hingga 1977.

Bintang Barcelona Lionel Messi juga mampu memintas rekod jaringan rasmi Pele apabila mengumpul 715 setakat ini.



Messi sebelum ini mengatasi rekod jaringan Pele untuk sebuah kelab apabila meledak 644 gol untuk Barca, berbanding 643 oleh Pele untuk Santos. – AGENSI


Sebaran :


Leave a Reply