Tarik balik Tun Dr Mahathir jika dia terus serang Raja-raja Melayu

Tarik balik Tun Dr Mahathir jika dia terus serang Raja-raja Melayu

RSN Rayer (Pakatan Harapan-Jelutong) mahu kerajaan untuk mempertimbangkan untuk menarik balik darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) yang dikurniakan kepada Dr Mahathir Mohamad jika dia terus menyerang Raja-raja Melayu.

Ketika membahaskan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 di Dewan Rakyat, hari ini, pemimpin DAP itu menggesa Dr Mahathir supaya menghentikan tindakan berterusannya yang menyerang dan menghina institusi diraja.

“Saya minta seperti diucapkan Tambun (Anwar Ibrahim) di Istana Negara semalam (kelmarin), supaya Polis Diraja Malaysia tidak berkompromi dan mengambil tindakan terhadap Tun M (Dr Mahathir) kalau berterusan menyerang kerabat diraja.

“Saya juga minta kerajaan pertimbangkan supaya gelaran Tun beliau ditarik balik kalau beliau masih lagi meneruskan serangan-serangan ini,” kata pemimpin DAP itu.

Rayer mendakwa, menerusi Proklamasi Orang Melayu yang dicanang oleh Dr Mahathir, berkemungkinan bekas perdana menteri itu akan bekerjasama dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) yang sebelum ini telah mengkhinatinya.

Menurut Rayer, kedua-dua mereka cuba menghancurkan negara dengan tidak membenarkan Anwar melaksanakan tugasnya.

Pada 3 Jun lalu, Malaysiakini melaporkan bahawa kertas siasatan ke atas Mahathir berhubung isu dia didakwa menghina institusi raja sudah disiapkan.

Peguam Rafique Rashid Ali yang mewakili Mahathir berkata bekas perdana menteri itu disoal mengenai video yang dikatakan menunjukkan pemimpin berusia 97 tahun itu bercakap di sebuah majlis.

Dalam video itu, Mahathir didakwa membuat kenyataan bahawa orang Melayu tidak boleh bergantung kepada Raja-raja Melayu untuk melindungi mereka.

Mahathir juga mendakwa bahawa Raja-raja Melayu telah “menyerahkan negeri mereka”, semasa zaman penjajahan British, untuk kekal berkuasa dan untuk gelaran “raja”.

Mahathir disoal siasat oleh polis di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan atas dakwaan “aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.” mk

Tarik balik Tun Dr Mahathir jika dia terus serang Raja-raja Melayu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul-Puteri Sarah berdamai, tetap kawan baik walaupun bercerai

Tan Sri Syed Mokhtar cium tangan PMX jadi bualan netizen [VIDEO]

Artis cantik Indonesia Ita Rahma mengaku telanjang dalam filem hantu

Kes siasatan terhadap Mahathir lengkap, kini ditangan peguam negara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker