Tak wajar buang hiasan restoran hanya kerana gambar Mao – Kor Ming


Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming menyifatkan tindakan pihak berkuasa menanggalkan gambar Pengerusi Parti Komunis China Moa Tze Tong dalam sebuah restoran di Pulau Pinang sebagai salah.

Kor Ming yang merupakan Ahli Parlimen Teluk Intan itu berkata, tindakan pihak berwajib juga disifatkan sebagai tidak wajar kerana gambar tersebut hanyalah sebagai hiasan bagi mempromosi restoran tersebut.

Katanya, pada abad ke-21 ini rakyat dapat membezakan antara gimik pemasaran dan ideologi komunis.

“Adalah salah dan tidak wajar bagi pemerintah pintu belakang PN untuk membuang hiasan promosi restoran yang nakal hanya kerana mereka memasang gambar Pengerusi Mao.

“Ayuh, rakyat Malaysia pada abad ke-21 dapat membezakan sendiri apa itu ideologi komunis dan gimik pemasaran,” ciap Kor Ming di Twitternya.

Semalam, tular gambar hiasan dalam sebuah restoran yang memaparkan elemen komunisme dan pemimpin komunis dalam media sosial.

Hiasan berlebihan seolah-olah mengagungkan pemimpin luar dan berfahaman komunis menimbulkan pertikaian warganet.

Selain hiasan didinding cawan dan peralatan dalam restoran itu turut mempamerkan karikatur berunsurkan wajah pemimpin komunis di dua premis restoran tersebut.

Polis sedang menjalankan siasatan terhadap pemilik sebuah restoran yang menghias dua premisnya masing-masing di Auto City dan Pulau Tikus dengan kertas dinding memaparkan elemen komunisme dan pemimpin komunis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais, berkata siasatan dijalankan setelah polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung perkara itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 kerana menerbitkan propaganda sebuah pertubuhan haram.

Kes terbabit juga disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menerbit atau mengedarkan sebarang kenyataan, khabar angin atau laporan dengan niat menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam. SM

[VIDEO] Restoran Pamer Unsur Komunis, Polis Buka Kertas Siasatan

Related Articles

2 Comments

  1. Marah betul cucu cicit Mao Tze Tong di negara ini nampaknya bila gambar neneknya diturunkan oleh polis. Kepada komunis2 sial ini dicadangkan supaya berhijrahlah ke negara asal nenk moyong kamu . Di sana ada patung gergasi nenek kamu itu untuk kamu cium, jilat dan sebagainya, bukan di Tanah Melayu ini, faham !!

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker