Jumpa kereta, Rahijan tiada

Kluang: Hanya kereta ditemui namun Md Rajihan Junaidi yang dikatakan hanyut bersama kenderaannya di Batu 17, Jalan Mersing-Kluang di sini, tiada bersama.

Kereta Proton Waja yang dinaiki Md. Rajihan ditemui kira-kira 100 meter hari ini dari lokasi dia dilaporkan hanyut dibawa arus deras petang semalam

Kereta berkenaan ditemukan pada 6.10 petang kira-kira 10 meter dari lokasi dia dilaporkan hanyut.

Kenderaan itu ditemukan selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) bersambung pada 10.30 pagi hari ini membabitkan 12 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan menggunakan teknik pencarian di permukaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang Akob Sedek berkata, operasi dijalankan sekitar lokasi mangsa dipercayai hilang dengan dengan jarak pencarian sejauh 100 meter.

Menurutnya, usaha pencarian juga dijalankan mengunakan peralatan khas iaitu ‘gripping iron’ iaitu besi bermagnet untuk mengesan lokasi kereta mangsa.

“Kereta berkenaan berjaya dikesan dan dinaikkan ke darat pada jam kira-kira 6.10 petang oleh pihak polis namun mangsa tidak ditemui di dalam kereta berkenaan.

“Kereta kemudiannya ditunda ke Balai Polis Kahang untuk tindakan selanjutnya,” katanya melalui kenyataan kepada media.

Menurut Akob, SAR terpaksa ditangguhkan pada 6.30 petang.

Terdahulu, Md Rajihan, 28, dilaporkan terpaksa memecahkan cermin kereta untuk mengeluarkan isterinya, Khairunnisa Ibrahim, 24, sebelum dia dihanyutkan arus bersama Proton Waja yang dinaikinya.

Mereka dikatakan cuba meredah air di kawasan itu pada 5.30 petang semalam.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker