CEO Prasarana digantung tugas kerana ‘salah laku’ dan ‘ingkar’ – Tajuddin Rahman

 

KUALA LUMPUR: Pengerusi Prasarana Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nizam Alias digantung tugas bermula 9 Dis lalu atas alasan salah laku dan keingkaran.

Tajuddin berkata, syarikat itu juga menubuhkan jawatankuasa khas terdiri daripada anggota lembaga pengarah bagi menjalankan siasatan terhadap Nizam.



“Ahli lembaga pengarah pada 27 November memberi surat tunjuk sebab dan minta beliau bercuti disebabkan dakwaan ‘salah laku’ dan ‘keingkaran’,” kata Tajuddin ketika sidang media hari ini.

Menurutnya, Nizam turut diberikan surat tunjuk sebab yang sudah dijawabnya, dan kini sedang diteliti jawatankuasa dalaman Prasarana.

“Bila ada kes macam itu penggantungan tugas adalah tindakan normal. Beliau masih menikmati manfaat gaji daripada syarikat sepanjang siasatan berjalan,” kata ahli Parlimen Pasir Salak itu.

Katanya, pada awalnya beliau memilik untuk berdiam diri berhubung spekulasi sekitar status Nizam tetapi kini perlu menjelaskan beberapa perkara susulan sudah diketahui umum.



Beliau turut meluahkan rasa kecewa dengan Nizam menyerangnya menggunakan media.

“Adalah tidak profesional baginya membawa hal dalaman kepada umum,” kata Tajuddin sambil menyifatkan siasatan itu berkaitan dengan isu sumber manusia, bukannya jenayah.

Pada 8 Dis lalu, portal The Vibes memetik sumber yang berkata penggantungan Nizam susulan ketegangan di peringkat kepemimpinan selepas pelantikan Tajuddin sebagai pengerusi pada Mei lalu.

Pada masa itu, dilaporkan yang Ketua Pegawai Operasi Norlia Noah akan menjadi CEO kumpulan sementara, dan lebih banyak perubahan dalam kepemimpinan dan pengurusan kanan syarikat akan dibuat.



Prasarana enggan ulas dakwaan Tajuddin cuba pengaruhi keputusan syarikat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker