Bina terowong ke rumah ‘skandal’


Bagi membolehkannya bertemu dengan kekasih gelapnya secara rahsia, seorang lelaki di Tijuana, Mexico sanggup membuat terowong bawah tanah ke rumah wanita itu.

Antonio memanfatkan kemahirannya dalam bidang pertukangan batu untuk membuat terowong khas merentasi beberapa jalan dari rumahnya ke rumah kekasihnya, Pamela.

Memetik Oddity Central, terowong itu digunakan Antonio untuk bertemu Pamela ketika suami wanita itu, Jorge keluar bekerja.

Namun, sesuatu di luar jangkaan berlaku apabila Jorge pulang lebih awal daripada biasa yang akhirnya membongkar rahsia pasangan kekasih gelap itu.



Jorge yang marah mengetahui kecurangan isterinya menemui pintu rahsia terowong di bawah katil mereka ditutup batu-bata.

Jorge merangkak di terowong rahsia itu yang membawanya ke rumah Antonio.

Lelaki terbabit bertengkar selepas Antonio merayu kepada Jorge supaya merahsiakan hubungan sulitnya itu daripada pengetahuan isterinya.

Isteri Antonio memanggil polis selepas melihat seorang lelaki aneh bergaduh dan memukul suaminya di rumah mereka. HM



Skandal Terowong: Keadilan Ditegakkan, Guan Eng Akan Didakwa?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker