Dewan perkahwinan meletop, 5 wanita maut

Lima wanita terkorban di wilayah Yaman yang dilanda perang apabila berlaku letupan ketika majlis perkahwinan sempena Tahun Baharu di bandar pelabuhan Hodeida di Laut Merah.

Kerajaan dan pasukan pemberontak Huthi saling menyalahkan satu sama lain susulan pengeboman sebuah dewan berdekatan lapangan terbang Hodeida malam tadi, iaitu garis pemisah di pinggir kota yang dikuasai Huthi.

Tragedi berlaku hanya dua hari selepas letupan mengorbankan 26 nyawa di lapangan terbang di bandar Aden di selatan ketika rombongan menteri kerajaan turun daripada pesawat.



Wakil kerajaan dalam suruhanjaya bersama ditaja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), General Sadek Douid, yang menyelia perjanjian damai dengan puak Huthi, itu mengecam serangan di Hodeida, yang turut mencederakan tujuh mangsa.

Beliau menyifatkannya sebagai perbuatan jenayah mengerikan yang dilakukan pihak Huthi terhadap orang awam.

Gabenor Hodeida yang dilantik puak Huthi, Mohammed Ayache, ketika temu bual dalam program televisyen Al-Masirah, yang dikendalikan puak Syiah, berkata ‘pengganas tidak akan ragu-ragu menuduh orang lain bagi jenayah sendiri’.

Pasukan kerajaan yang disokong Arab Saudi melancarkan serangan pada Jun 2018 bagi merebut kembali Hodeida, pintu masuk utama untuk bantuan kemanusiaan ke Yaman yang dilanda kemiskinan.



Bagaimanapun, gencatan senjata sudah dilaksanakan dengan separa pematuhan sejak Disember tahun sama. – AFP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker