RM100 juta: Zeti sedang bercuti?
“Zeti, Ini benar ke tidak? Keluarga kamu dapat banyak duit 1MDB. Saya tak sanggup percaya tapi Jika tak benar, sila nafi.” – Najib Razak telah mengejutkan rakyat Malaysia dengan satu pertanyaan berikutan pendedahan portal Malaysia Today tentang isu terkait.
Mungkin Mahathir sahaja yang tidak terkejut dengan cerita terbaru yang keluar dari portal Malaysia Today berhubung Zeti Aziz yang ketika ini menjawat jawatan Pengerusi Permodalan Malaysia Berhad dikatakan menerima wang jutaan ringgit dari dalang utama skandal 1MDB, Low Taek Jho.
Menurut portal tersebut, Jho Low menyalurkan wang berjuta ringgit melalui suami Zeti, Tawfiq Ayman, menerusi syarikat yang dikaitkan dengannya, Cutting Edge Industries Ltd, dalam satu surat bertarikh 13 Mac 2019.
Samada Mahathir terkejut atau tidak, bekas perdana menteri yang teraniaya dengan konspirasi, Najib Razak telah melontarkan pertanyaan terbuka kepada Zeti Aziz melalui akaun facebook milik beliau.
Malah Najib juga menegaskan “Sejurus selepas pilihan raya umum ke-14, bekas gabenor BNM sejak 2000 pernah mengeluarkan satu kenyataan yang kata dia nafi tahu kewujudan dana atau tahu mengenai apa-apa transaksi dalam akaun saya termasuk dana yang dikatakan RM2.6 bilion itu.
“Masa itu, saya amat hairan kenapa dia boleh cakap begitu sedangkan dia yang nasihat saya untuk buka akaun atas nama saya sendiri (dan bukan atas nama parti) untuk menerima dana asing tersebut dan mana mungkin seorang gabenor BNM boleh tidak tahu apabila dana asing berjumlah berbilion masuk ke dalam akaun bank atas nama perdana menteri sedangkan setiap transaksi besar dari luar negara perlu kelulusan BNM,”.
Rentetan scenario isu ini, NGO Perkasa tampil membuat laporan polis.
Menurut sumber, Zeti kini sedang bercuti.
Kemana dia nak pergi musim covid19 ni? Pihak berwajib boleh panggil beliau pada bila-bila masa. Bukan ada satu alasan kukuh.
Sumber : Nurul Aisyah
You must be logged in to post a comment.