Sorry, tiada pertunjukan bunga api – Ketua Polis Negara



Sebaran :

KUALA LUMPUR : Tiada permit dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung penganjuran ambang Tahun Baru esok.

Malah, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid memberitahu Utusan Malaysia, meskipun pihaknya ada menerima permohonan bagi pertunjukan bunga api, namun, perkara itu ditolak.

Arahan tersebut selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang ketika ini.



“Saya telah keluarkan arahan, tiada permit dikeluarkan, jadi tidak ada sebarang penganjuran ambang tahun baru 2021 akan dilaksanakan.

“Kita semua perlu berpada-pada memandangkan kemungkinan sambutan seumpama itu boleh menyebabkan kes Covid-19 meningkat semula,” katanya di sini hari ini.


Sebaran :


Leave a Reply