Perkasakan pendidikan akidah untuk anak-anak

 

PENDIDIKAN akidah diperingkat sekolah, jangan dikuatkuasakan sekadar melepas batuk di tangga sahaja.

Dalam kemelut sosial dewasa ini, dengan pelbagai masalah umat yang timbul, tidak dapat tidak, kita terpanggil untuk meneliti kembali pegangan akidah anak-anak muda kita terutamanya, mengapa begitu rapuh sekali?



Terlalu mudah soal-soal agama itu dikesampingkan, seolah-olah tiada lagi rasa gerun dalam hati-hati mereka terhadap murka Allah, dek keceluparan tindakan mereka yang membabitkan isu penegakkan syariat Allah dalam diri, keluarga, masyarakat mahu pun negara.

Sekiranya pihak berwajib meneliti kembali keberkesanan pendidikan akidah di sekolah bahkan di IPT juga, pasti gejala-gejala yang memperlekehkan, yakni memandang enteng akan isu-isu dan kelakuan-kelakuan yang mencalar dan merobek akidah anak bangsa kita dapat dibendung, disemak dan dipulihkan sesuai dengan tanggungjawab badan tersebut dalam memelihara akidah rakyat, terutamanya dikalangan anak-anak muda.

Kesejahteraan satu-satu tamadun, yang disebut sebagai satu peradaban, bukanlah semata-mata atas faktor keselesaan hidup yang membahagiakan, kemodenan teknologi yang memakmurkan dan kebebasan individu menjalani kehidupan masing-masing, tetapi penekanan tindak tanduk manusia terhadap penciptanya dan peraturan-peraturan hidup yang ditetapkanNya.

Topi Krismas, Bible dan Rasulullah



Itulah faktor utama yang patut dipandang serius terlebih dahulu. Selesaikan bab penting ini dengan baik, maka bab-bab lainnya akan turut dalam kebaikan.

Peradaban sebuah negara Islam seperti Malaysia, mestilah diuli, dicanai dan dibentuk mengikut acuan ideologi Islam yang syumul lagi kamil, bermula dengan kefahaman akidah yang benar dan sejahtera.

Sesuai dengan kerangka peradaban seperti dalam ayat 56, surah Adz Zariyat yang bermaksud: “Tidak Aku jadikan jin dan manusia itu, melainkan untuk menyembahKu”.



Maka jadilah kita makhlukNya yang membina tamadun atas asas-asas perhambaan dan pengabdian kepada Allah swt semata, Pencipta kita dan Pencipta alam seluruhnya.

Perkasakanlah pendidikan akidah diseluruh peringkat, agar peradaban dibina dalam kerangka keredhaan Allah jua.

Datin Noorzaimen A Kadir
AJK Wanita BERJASA

DAP pura-pura lupa bila, bagaimana kerajaan Sabah dibentuk – Annuar Musa



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker