Kait Melayu dengan politik Islam seolah ‘cabar’ Perlembagaan

Kait Melayu dengan politik Islam seolah ‘cabar’ Perlembagaan

Seorang peguam berkata pandangan pemimpin pembangkang bahawa politik Melayu-Muslim cenderung dikaitkan dengan Islam disifatkan memberi “cabaran” langsung kepada Perlembagaan Persekutuan.

Syed Iskandar Syed Jaafar berkata, pendirian Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal juga seperti “menjurus” kepada negara Islam.



“Ia merupakan cabaran langsung kepada Raja-raja yang menjadi sebahagian daripada struktur Perlembagaan kita,” katanya kepada FMT.

Katanya, kenyataan seperti itu mungkin mengakibatkan ketidaktenteraman awam.

Wan Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang dilaporkan pada Selasa, berkata agama tidak boleh dipisahkan daripada politik dalam masyarakat Melayu-Islam.

“Dalam al-Quran dan sabda Nabi, terdapat banyak rujukan mengenainya. Jadi (kita) tidak boleh sekular dalam pendekatan semasa berkempen,” katanya dalam temu bual dengan BFM.



Syed Iskandar ketika mengulas lanjut berkata, kenyataan itu bahaya dalam masyarakat terdiri berbilang kaum dan agama.

Katanya, Perlembagaan Persekutuan yang menjadi undang-undang tertinggi di negara ini menyatakan Malaysia merupakan sekular.

Beliau berkata, Mahkamah Agung (ketika itu) dalam kes Che Omar Che Soh vs pendakwa raya pada 1988, mengesahkan kedudukan berkenaan.

Ketika itu, Ketua Hakim Negara Salleh Abas menyatakan Malaysia adalah negara sekular walaupun Islam merupakan agama rasmi persekutuan.



“Mencabar kedudukan itu melanggar badan kehakiman dan Rukun Negara,” katanya. FMT

Kait Melayu dengan politik Islam seolah ‘cabar’ Perlembagaan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Pasangan suami isteri didenda buat ‘projek’ di tempat awam [VIDEO]

Banglo seram Bukit Gasing akhirnya dijual dengan harga RM4.4j



Penyokong paling seksi dakwa dilamar ramai pemain

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker