Amalan terbaik 10 hari pertama Zulhijjah

Amalan terbaik 10 hari pertama Zulhijjah

Bulan Zulhijjah merupakan antara bulan yang paling dimuliakan dalam Islam. Malah bulan ini juga termasuk dalam kalangan antara 4 bulan haram selain Zulkaedah, Rejab dan Muharam.

Dinamakan bulan haram kerana pada bulan ini diharamkan berperang dan juga ia adalah bulan suci di mana Allah S.W.T. mengharamkan sebarang bentuk kezaliman. Dan setiap kezaliman yang dilakukan dosanya adalah lebih besar dari bulan-bulan yang lain.



Adapun bulan Zulhijjah sebagaimana maklum merupakan bulan bagi menunaikan haji di Mekah dan melaksanakan ibadah korban. Antara amalan terbaik dan yang utama dalam bulan ini yang boleh kita lakukan dalam mendekatkan diri kepada Allah ialah:

Pertama: Puasa sunat

Puasa sunat pada hari pertama sehingga 9 Zulhijjah sangat dituntut dan digalakkan. Dalam sebuah hadis daripada salah seorang isteri Baginda s.a.w. menyebutkan,

“Rasulullah s.a.w. berpuasa pada sembilan hari pertama bulan Dzulhijjah…” HR Imam Ahmad & Imam Abu Daud



Selain itu berpuasa pada hari Arafah juga sangat dituntut untuk dilakukan dan dihukumkan sunat Muaakad bagi orang yang tidak mengerjakan haji. Manakala orang yang sedang melaksanakan ibadah haji disunatkan tidak berpuasa walaupun ia berupaya mengerjakannya.

Kelebihan berpuasa Arafah disebutkan Baginda s.a.w. dari Abu Qatadah r.a.

“Puasa Arafah, aku memohon kepada Allah agar menebus dosa-dosa setahun sebelumnya serta setahun selepasnya” HR Muslim

Maksud dari hadis ini ialah sesiapa yang berpuasa di hari Arafah maka ganjarannya adalah pengampunan dosa-dosa setahun sebelum hari Arafah yang lalu serta setahun selepas hari Arafah yang akan datang.



Kedua: Solat sunat

10 hari pertama dalam bulan Dzulhijjah adalah waktu terbaik untuk melaksanakan sebarang ibadah dan ia merupakan waktu ibadah yang sangat disukai Allah. Perbanyakkan ibadah solat sunat kerana ia merupakan ibadah yang paling afdal dalam mendekatkan diri kepada Allah.

Buatlah apa pun solat sunat sepanjang tempoh ini. Insya Allah akan diberikan ganjaran berlipat kali ganda dari Allah S.W.T.

Ketiga: Memperbanyakkan berdoa



Sebaik-baik berdoa ialah pada hari Arafah kerana ia adalah hari yang dimuliakan Allah dan merupakan waktu yang paling mustajab. Baginda s.a.w. bersabda,

“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah. Dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan diucapkan oleh para nabi sebelumku adalah, “tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang esa. Tidak ada sekutu bagi Nya, milik Nya kekuasaan dan milik Nya segala pujian. Dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu” HR Tirmizi

Keempat: Memperbanyakkan berzikir

Dari Ibnu Umar r.a. bersabda Baginda s.a.w. “Tidak ada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah serta tidak ada hari-hari di mana amalan pada hari-hari tersebut lebih disukai oleh Nya lebih daripada sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah ini. Maka perbanyakkanlah pada hari-hari itu tahlil, takbir serta tahmid” HR Imam Ahmad



Kelima: Bersedekah

Bersedekah merupakan amalan yang sangat mulia dan dituntut dalam Islam. Ia bukan sahaja membersihkan harta dan jiwa, malah ia juga dapat membantu orang yang memerlukan, apatah lagi pada ketika ini ramai yang mengalami kesusahan dek terkesan dengan pandemik covid.

Sebagaimana yang disebutkan di atas, 10 hari pertama dalam bulan Zulhijjah adalah waktu ibadah yang sangat disukai Allah. Insya Allah dengan amalan bersedekah dalam hari-hari ini menambahkan lagi cinta Allah kepada kita.

Semoga kita dapat manfaatkan waktu sepuluh hari ini dengan amalan yang mudah namun diberi ganjaran pahala berlipat kali ganda dari Allah S.W.T. Wallahu a’lam Utv



Amalan terbaik 10 hari pertama Zulhijjah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami Fatin Afeefa masuk hospital, dipukul geng Honda?

Janna Nick mohon maaf pada Ustaz Wadi

Bikers ‘Otak Kecil’ halang laluan disaman Polis

Restoran Salt Bae tidak laku kerana sering dapat ‘review’ buruk

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker