Waktu Terbaik Safawi Balik

Terkini di My KMU !!!!---->

Kepulangan bintang bola sepak negara, Safawi Rasid dilihat tepat pada masanya ketika kebanyakan pasukan mula melakukan persiapan pramusim menjelang saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustafa, pemergian Safawi ke kelab Portimonense SC di Portugal sebenarnya membawa 1,000 kebaikan buatnya terutama menyediakan pemain sayap itu pada musim baharu.

Walaupun Safawi tidak beraksi dan tidak mendapat minit permainan sepanjang tiga bulan di Eropah, peluang berlatih dan beraksi bersama skuad bawah 23 Portimonense SC sudah cukup mematangkan tonggak berusia 24 tahun itu.

Katanya, kepulangan Safawi ke pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak mengganggu psikologinya kerana dia sudah didedahkan dengan budaya bola sepak profesional di Portugal.

“Sekarang Pawi (Safawi) dah balik ke Malaysia dan dia pasti lebih bersedia daripada rakan sepasukan di JDT kerana semua pemain baru naik dari cuti pra musim. Tapi Pawi di sana berlatih dari bulan Oktober lalu sehingga sekarang dan saya percaya dia lebih tersedia dan bermotivasi untuk ‘meletup’ musim depan.

“Dia didedahkan dengan dunia profesional yang berbeza maksudnya ada perubahan tingkah laku dalam kerjaya Pawi.

“Dia kena tunjukkan sikap itu di dalam dan luar padang. Sekarang peminat harapkan lebih lagi daripada Pawi sebelum dia pergi maksudnya perlu ada perubahan budaya kerja, sikap di dalam padang, penampialn di luar padang dan cara pertuturan bagi menampakkan imejnya yang baik terutama di depan wartawan.

“Selain itu, ada nampak perubahan jelas, saya lihat dia slim sikit dan tak berisi, dia cergas dan fit tapi dia tak gempal macam sebelum ini,” katanya.

Kelmarin, perkongsian gambar dimuat naik Safawi di laman Instastory bersama pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menimbulkan persoalan adakah dia sudah berada di Malaysia.

Menerusi perkongsian itu, tonggak sayap yang dipinjamkan ke kelab Portugal, Portimonense SC itu dilihat bersama Tunku Ismail dan rakan sepasukan, Azrif Nasrulhaq.

Sebelum ini, Tunku Ismail mengesahkan Safawi kembali bersama JDT bagi saingan Liga M musim depan.

Safawi sebak jumpa TMJ [ VIDEO ]

Leave a Reply