Mahathir terima dana politik RM2.6 juta daripada UKSB – Saksi pendakwaan

Mahathir terima dana politik RM2.6 juta daripada UKSB – Saksi pendakwaan

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Tun Dr Mahathir Mohamad menerima sumbangan dana politik RM2.6 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) pada perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Ahmad Zahid, Datuk Ahmad Zaidi Zainal; bekas Pengurus Pentadbiran UKSB, David Tan Siong Sun, 47, berkata bekas Perdana Menteri itu yang juga bekas Pengerusi BERSATU menerima sumbangan itu untuk kegunaan parti berkenaan menerusi anak saudaranya, Tan Sri Rahmat Abu Bakar.

“Kod nama ‘Kedahan’ digunakan untuk Rahmat dalam buku lejar UKSB yang menunjukkan aliran keluar wang syarikat berkenaan.

“(Presiden BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menerima sumbangan dana politik daripada UKSB menerusi rakan baiknya, Datuk Teo Wee Cheng yang juga Pengarah SHH Resources Holdings Bhd,” katanya.

Ahmad Zaidi: Ahmad Zahid juga menerima sumbangan politik?

Siong Sun: Ya.

Ahmad Zaidi: Kamu ada lihat (Dr) Mahathir dan Muhyiddin dalam mahkamah?

Siong Sun: Tidak.

Ahmad Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu bagi melanjutkan kontrak syarikat berkenaan sebagai pengendali Pusat Sehenti (OSC) di China danVisa Luar Negara (VLN), serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh kementerian terbabit.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa sebagai menteri sama ketika itu, mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, 15,000 Swiss Franc dan AS$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.

Ahmad Zahid didakwa melakukan semua kesalahan itu di Sri Satria, Presint 16, Putrajaya, dan Country Heights, Kajang, antara Oktober 2014 dan Mac 2018. BH

Mahathir terima dana politik RM2.6 juta daripada UKSB – Saksi pendakwaan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pasangan Kekasih Selamba Buat Hubungan Seks Di Foyer Mahkamah Sampai 3 Kali Dijatuh Hukuman

Anak Azhar Sulaiman bikin panas lagi

Ramai Ahli Parlimen Bersatu akan melompat lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker