[VIDEO] Hande Ercel, Pelakon Turki Dinobat Wanita Tercantik Dunia

Hande Ercel, pelakon Turki dinobat Wanita Tercantik Dunia. Pelakon yang berasal dari Turki Tengah ini telah terpilih menjadi wanita tercantik di dunia hasil undian yang dilakukan melalui Top Beauty (TB) World 2020.

Pengumuman tersebut dilakukan di Twitter TB World dua hari lalu. Selain wajah Hande Ercel yang menghiasi laman sosial tersebut, TB World turut mengeluarkan senarai 100 wajah paling cantik di dunia pada tahun 2020.

Hande berjaya mengalahkan Yoona SNSD yang menyandang gelaran itu pada tahun lalu. Hande Ercel merupakan seorang artis yang dilahirkan di Turki pada 24 November 1993. Pelajar

Lulusan Universiti Mimar Sinan Fine Arts ini terkenal bukan sahaja sebagai artis tetapi juga model.

Kerjaya Hande sebagai model bermula ketika dia memenangi pertandingan Miss Civilization of Turkey 2012.

Setahun kemudian, dia mula menceburkan diri sebagai bintang televisyen dan muncul dalam drama seperti Calikusu, Gunesin Kizlari, Ask Laftan Anlamaz.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=–bf_X4LlA8[/embedyt]

Mira Filzah Tercalon 100 Wanita Tercantik 2020 Media Antarabangsa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker