“Jangan tipu frontliners, kami juga ada keluarga” – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR: Orang awam dinasihatkan agar tidak menipu mengenai keadaan kesihatan mereka ketika berurusan dengan petugas barisan hadapan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menitip pesanan itu susulan seorang doktor dijangkiti COVID-19 selepas merawat pesakit yang tidak memberitahu keadaan sebenar kesihatannya.
“Jangan tipu frontliners. Kami juga perlu dilindungi, kami ada keluarga, ada rakan-rakan. Jangan aniaya frontliners,” kata beliau menerusi Facebooknya.
Dr Noor Hisham turut berkongsi kenyataan daripada doktor yang dijangkiti virus itu.
Menurut Dr Nur Marini Zainal, pesakit berkenaan datang ke hospital untuk menjalani ujian imbasan CT.
Beliau berkata, individu itu dibenarkan menjalani ujian itu selepas pesakit itu mengesahkan kesihatan dirinya dalam keadaan baik.
Bagaimanapun, hasil imbasan menunjukkan keadaan paru-paru individu tersebut sama seperti pesakit COVID-19.
Apabila siasatan lanjut dijalankan pesakit itu kemudiannya mengakui mengalami demam dan batuk selama seminggu.
Sumber Facebook DGHisham

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker