Isu kartel daging: Pemuda Umno cadang tambah kakitangan selia sijil halal

Bagi menangani isu kartel daging import halal, Pemuda Umno mencadangkan kerajaan menambah kakitangan seliaan halal di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta jabatan-jabatan agama negeri yang terlibat.

Ia antara enam tindakan segera yang dicadangkan Putera Umno agar perlu diambil kerajaan bagi menangani isu berkenaan.

Menurut ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki, tindakan-tindakan itu wajar diambil bagi memastikan keyakinan dan kepercayaan terhadap logo halal Malaysia tidak terjejas dan mampu dipertahankan.

“(Kerajaan harus) Menilai kembali kapasiti kakitangan persijilan halal yang jelas tidak selari dengan bebanan dan keluasan cakupan tugas pengawasan sijil halal dalam Malaysia dan di luar negara.

“Maklumat Pemuda Umno terima terdapat kakitangan halal di peringkat negeri yang masih bertaraf kontrak walaupun telah bekerja selama lapan tahun ke atas.

“Melakukan penambahan segera kakitangan pengawal seliaan halal di Jakim dan di jabatan agama islam negeri-negeri yang mampu menampung keperluan mendesak bukan sahaja aspek persijilan halal Malaysia bahkan pemantauan dan penguatkuasaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Asyraf turut mencadangkan nama syarikat yang disiasat dan disyaki terbabit dengan penipuan sijil dan percampuran daging halal dan haram itu didedahkan, serta semua bekalan daging daripada syarikat berkenaan yang telah memasuki pasaran untuk ditarik semula.

Selain itu, dia menyarankan penubuhan pasukan khas melibatkan pelbagai agensi penguakuasaan dalam industri halal bagi mengenal pasti dalang yang bertanggungjawab.

Dia juga mencadangkan kerajaan memperkasa kembali Majlis Halal Malaysia yang diperkenalkan pada zaman BN dahulu.

Setelah dibangkitkan di Parlimen awal bulan lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan kes kartel import daging haram yang dikatakan berlaku di Senai, Johor baru-baru ini, sedang dalam proses siasatan.

New Straits Times pada 21 dan 22 Disember melaporkan bahawa kartel itu dikatakan bersubahat dengan beberapa pegawai dalam agensi-agensi kerajaan untuk membawa daging-daging ke dalam negara kononnya sebagai daging yang berstatus halal.

Kalau anda terlepas…

Arwah reda Allah pilih dia, kata kakak jururawat korban Covid-19
Antara daging yang dibawa masuk adalah daging kangaru dan kuda, yang dijual sebagai daging yang berstatus halal.

Pegawai yang terlibat dikatakan menerima pelbagai jenis habuan, termasuk wang dan seks, bagi membolehkan kartel tersebut beroperasi mengimport daging-daging tersebut.

Asyraf turut membangkitkan bahawa kuasa pensijilan halal dan penguatkuasaan halal bukanlah terletak di bahu Jakim semata-mata, tetapi banyak agensi yang berbeza.

Contohya, katanya, walaupun kuasa pensijilan halal terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa Jakim dan jabatan agama islam negeri, penguatkuasaan pula di bawah pelbagai agensi termasuklah KPDNHEP, kementerian kesihatan, polis dan kastam.

Isu pengawalseliaan urusan import bekalan daging ke Malaysia pula turut melibatkan Jabatan Perkhidmatan Vaterinar (DVS), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis), kastam dan polis pelabuhan. Mk

Kartel tukar daging haram jadi halal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker