Polis siasat lanjut bom buatan sendiri yang dipasang bagi cubaan membunuh Siti Kasim

Polis mengesahkan objek mencurigakan yang diisi dalam dua botol plastik yang diletakkan di bawah kereta aktivis dan peguam Siti Kasim adalah bahan letupan termampat (IED).

Pengesahan itu dibuat selepas sepasukan pegawai dari Unit Pemusnah Bom (UPB), Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan ujian letupan ke atas objek diletakkan pada bahagian brek di tayar belakang kereta yang dihantar ke pusat servis di Jalan Maarof, Bangsar semaalam.

Ketua Polis Daerah Brickfileds, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, berkata pada masa ini pihak polis masih belum dapat mengesahkan sama ada bahan letupan IED itu masih aktif atau sebaliknya.



“Bahan letupan ini akan dianalisis sebelum kesimpulan lebih terperinci dapat diberikan.

“Kita juga belum mengambil keterangan lanjut daripada pemilik kenderaan (Siti Kasim).

“Berdasarkan perbualan secara lisan, Siti Kasim memaklumkan bahawa dia tidak mempunyai sebarang ancaman namun siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya kepada media di lokasi kejadian.

Amihizam berkata pihaknya menerima maklumat dari Siti Kasim pada jam 12.58 tengah hari tadi.



“Ketika kejadian ini Siti Kasim, menghantar keretanya jenis Toyota Celica ini untuk diservis sebelum dimaklumkan ada objek menyerupai bom di bahagian bawah kereta oleh mekanik.

“Pihak polis akan mendapatkan maklumat daripada semua saksi kejadian ini,” katanya.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia Suka Aksi Ganas & Minta Banyak Kali Sehari – Lucinta Luna



Perubahan wajah Rina Harun jadi bualan, dagu makin pelik

Wanita Mengadu Ebit Lew ‘Stop’ Bayarkan Rumah Sewa Hingga Dihalau



Kulit Kalis Api Neraka Ke? Sharifah Sakinah Diperli Netizen

Perbauta



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker