[VIDEO] Penulis tegur Aeril bagi tazkirah pada kucing ‘berzina’
Seorang penulis isu-isu pendidikan seksualiti menegur Aeril Zafrel selepas pelakon berkenaan memuat naik video ‘menasihati’ sepasang kucing yang sedang mengawan.
Menerusi Facebooknya, Mohd Fairuz Abu atau lebih dikenali sebagai Akhi Fairuz Al-Jengkawi menyifatkan perbuatan itu tidak kena pada tempatnya apabila hal-hal berkaitan seksual dijadikan bahan jenaka.
“Mungkin kita nampak kelakar. Tapi percayalah cakap saya, video Aeril ini akan membuatkan penonton menganggap hal-hal seksual boleh dilawakkan.
“Sedang perlakuan seksual itu satu perkara yang mulia, satu jalan yang berpahala andai disalurkan melalui pernikahan.
“Pesan Allah dalam Surah Al-Isra ayat 32 yang memerintahkan manusia agar jangan menghampiri zina pun wajib disampaikan dengan kaedah yang betul. Bukan dengan cara begini,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Mohd Fairuz merupakan penulis yang selalu berkongsi mengenai isu pendidikan seksualiti, keibu-bapaan, kanak-kanak dan remaja.
Selain itu dia juga merupakan seorang aktivis yang sering dipanggil mengadakan ceramah-ceramah di sekolah berkaitan pendidikan seksual.
Terdahulu, Aeril memuat naik video itu semalam dengan kapsyen berbunyi: “Lepas isyak tadi sempat bagi tazkirah kepada penzina. Semoga kembali bertaubat”.
Dalam rakaman video yang ditonton lebih 800,000 kali itu, pelakon berkenan dilihat duduk bersila sambil menasihati dua ekor kucing yang sedang ‘berasmara’.
‘Astaghfirullah..sesungguhnya mati itu pasti. Bertaubatlah,” kata Aeril dalam video tersebut.
Video itu juga mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya dan peminat Aeril sendiri.
Menurut Mohd Fairuz, adalah melucukan adegan kucing mengawan dikaitkan dengan perlakuan zina.
“Jika nak ingatkan followers agar jauhi zina, elok dengan cara yang lebih proper.
“Bukan beri ‘tazkirah’ kepada kucing yang sedang mengawan.
“Apa-apapun, saya harap Aeril terima teguran ini. Saya pun minat Aeril juga. Beliau antara artis yang boleh dijadikan contoh,” katanya.
Siapa kata Airel dan Wawa instant kaya?