Belanjawan 2021 Telah Diluluskan, Pemuda UMNO Tagih Janji Menteri Kewangan

Mewakili suara rakyat, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menagih janji Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk mempermudahkan dan menambah-baik i-Sinar dan moratorium biarpun Bajet 2021 telah diluluskan.

Kata Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, sejak 14 Disember lalu, Pemuda UMNO Malaysia telah menyediakan dua talian Hotline bagi mengumpulkan segala aduan dan maklum-balas orang ramai mengenai isu i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan moratorium.

“Sehingga hari ini ribuan aduan sedang dikumpulkan oleh staf pejabat Pemuda UMNO Malaysia yang bertungkus lumus merekodkan setiap permasalahan bagi menyiapkan memorandum suara rakyat i-Sinar dan moratorium.



“Insya-Allah, Pemuda UMNO tidak akan pernah mendiamkan diri selagi kedua-dua isu terutamanya Kategori 2 i-Sinar yang masih punya pelbagai kriteria yang mengekang rakyat dimansuhkan sepenuhnya,” ujarnya dalam satu hantaran di Facebook.

Tambahnya lagi, begitu juga dalam isu moratorium yang banyak aduan menjurus kepada pelbagai karenah bank-bank tempatan yang bukan sahaja menyusahkan bahkan membebankan rakyat yang memohon dilanjutkan moratorium akibat kesusahan yang nyata. – UMNO ONLINE

KWSP i-Sinar: Kerajaan, jangan lupa janji kepada BN – Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker