KWSP i-Sinar: Kerajaan, jangan lupa janji kepada BN – Najib



Sebaran :

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) diingatkan tentang janji yang telah dibuat kepada Barisan Nasional (BN) berhubung pengeluaran skim i-Sinar dan lanjutan moratorium semasa penggulangan Belanjawan 2021.

Oleh itu, katanya, tunaikan janji-janji tersebut.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menghapuskan kriteria dan syarat-syarat yang dikenakan untuk pengeluaran i-Sinar dan segera membuat bayaran one-off pertama.



Menurutnya, buat apa memaksa jutaan rakyat berulang-alik dan beratur di pejabat KWSP semasa Covid-19 masih mengganas untuk menyerah pelbagai dokumen?

”Kerajaan PN patut letakkan kepercayaan pada rakyat sebab rakyat sendiri yang tahu jika mereka sedang berdepan dengan cabaran kewangan dan rakyat juga faham mereka tidak akan sia-siakan simpanan masa tua mereka jika tiada keperluan mendesak,” tegasnya.

Najib berkata, kerajaan tidak akan tahu berapa jumlah beban tunggakkan hutang atau liabiliti dihadapi ramai akibat pendapatan tidak menentu yang telah bertimbun setiap bulan sejak pandemik bermula 10 bulan lalu.



Oleh sebab itu, bukan tanggungjawab kerajaan untuk membuat andaian ahli mana yang sedang terdesak dan perlu pelampung segera dengan meletakkan syarat arbitrari bahawa pendapatan ahli perlu berkurang 30% sebelum layak.

”Ianya juga bukan tanggungjawab kerajaan untuk menafi rakyat mengambil duit sendiri pada ketika mereka paling terdesak,” katanya lagi.

Sebaliknya, tanggungjawab kerajaan ialah untuk mempermudahkan rakyat dan mencari jalan untuk memastikan simpanan KWSP dapat dipulihkan pada masa tersingkat setelah pandemik Covid-19 berakhir.



Malah, Najib turut mengingatkan kerajaan supaya jangan memberi ruang kepada bank-bank untuk mengaut lebih keuntungan dengan memaksa peminjam melanjutkan tempoh bayaran pinjaman. MG

Isu KWSP timbul kerana rakyat sudah tidak ada duit


Sebaran :


Leave a Reply