Tiada kenaikan tarif elektrik, rebat 2 sen/kWj hingga Jun 2021

Kadar tarif elektrik untuk pengguna domestik dan industri bagi tahun 2021 kekal 39.45 sen/kWj dengan rebat dua sen kepada pengguna domestik dan bukan domestik.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, rebat dua sen yang diumumkan kerajaan bermula 1 Januari sehingga 30 Jun depan akan dimanfaatkan seramai 7.5 juta pengguna domestik negara.

“Keputusan ini dibuat Jemaah Menteri yang mengambil kira keadaan semasa rakyat yang terbeban serta perniagaan terkesan akibat pandemik COVID-19,” katanya pada sidang akhbar, hari ini.

Pada Jun lalu, Shamsul Anuar berkata, kerajaan memberi jaminan kepentingan rakyat akan sentiasa menjadi keutamaan dalam menilai semula kadar semasa tarif elektrik.



Tenaga Nasional Bhd (TNB) pula pada September lalu dilapor menjangkakan kemungkinan berlaku penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun depan berikutan penyusutan kos pengeluaran arang batu dan dan gas semasa.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker