Helikopter bertembung: Hari Gawai kali ini tanpa Joanna

Helikopter bertembung: Hari Gawai kali ini tanpa Joanna

SERIAN – Panggilan telefon bagi memberitahu dia mahu pulang pada Hari Gawai nanti, menjadi perbualan terakhir antara Joanna Felicia Rohna dan bapa saudaranya, Johny Mayi.

Menurut Johny, 56, dia dan anak saudaranya itu jarang berhubung tetapi tiba-tiba pada Rabu lalu, Joana menghubunginya bagi memaklumkan perancangannya itu untuk pulang bercuti bersama-sama keluarga di kampung.



“Dia beritahu rindu dengan keluarga dan ingin pulang ke kampung pada Hari Gawai nanti,” katanya ketika ditemu-bual di kediaman keluarga Joana di Kampung Sumpas Tampek, di sini.

Katanya kali terakhir mereka menyambut Hari Gawai bersama mendiang adalah pada tahun lepas.

Justeru, beliau tidak menyangka tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bertembung dan terhempas ketika raptai Perbarisan TLDM Ke-90 Pangkalan TLDM Lumut, Perak pagi semalam yang dilihatnya di media sosial turut meragut nyawa anak buahnya itu.

Bagi dua adik mendiang, Honey Vivianne Lovv, 16, dan Diyyane Yanz Love, 14, pesanan kakak mereka itu akan sentiasa diingati, yang meminta mereka untuk menjaga ibu bapa, datuk nenek dan belajar rajin-rajin.



“Kakak ada menghubungi saya pada Sabtu lalu dan berpesan supaya menjaga ibu bapa, datuk nenek dan belajar rajin-rajin,” kata Diyanne.

Manakala bagi datuk dan nenek mendiang, Tumbo Usen dan Rindung Milo, sebuah kereta Proton Saga peninggalan Joana kepada mereka untuk kegunaan seharian akan sentiasa dikenang.

Kenderaan tersebut dibeli oleh Joana untuk mempermudahkan urusan mereka yang kini berusia 70 tahun untuk pergi ke klinik atau untuk urusan harian yang lain. K Online

Helikopter bertembung: Hari Gawai kali ini tanpa Joanna



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fatia Latiff kena bahan lagi lepas ‘upload’ gambar ini



‘Alamak Raya Lagi’ versi tauke babi panggang raih 1.6 juta tontonan (Video)

Penebar roti canai dicari dengan gaji RM5,000 sebulan



Ruhainies tipu kata nak berundur – Kekasih Aliff Aziz

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker