Noor Hisham jawab Najib, Kuarantin 10 atau 14 hari tak banyak beza

PETALING JAYA: Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mempertahankan keputusan untuk kuarantin individu yang pulang dari luar negara selama 10 hari, menjelaskan kajian mendapati tidak ada banyak perbezaan antara kuarantin 10 hari dan 14 hari.

Noor Hisham berkata, berdasarkan data-data diperolehinya, kebanyakan individu yang dijangkiti virus COVID-19 boleh dikesan pada minggu pertama kuarantin.

“Apa yang pasti, sekurang-kurangnya perlu kuarantin selama 10 hari. Kebanyakan virus dan jika ada gejala boleh dikesan pada minggu pertama. Kalau guna kaedah atau kuarantin bagi tempoh 7 hari, risikonya lebih tinggi,” katanya pada sidang media.

Mengingatkan Malaysia masih lagi menutup pintu sempadan kepada 23 negara, beliau berkata rakyat yang pulang dari UK akan disaring dan menjalani kuarantin 10 hari.

“Tetapi, jika ada gejala kita tidak tunggu lagi ujian pada hari ke-9. Kita terus akan ambil ujian tersebut dan pantau untuk tempoh 10 hari,” katanya.

Sebelum ini Mantan Pendana Menteri mempersoalkan keputusan kerajaan melonggarkan dan mengurangkan jumlah kuarantin sedangkan pada masa yang sama negara – negara lain memperketatkan lagi sempadan dan menambah jumlah kuarantin yang sedia ada..

2 thoughts on “Noor Hisham jawab Najib, Kuarantin 10 atau 14 hari tak banyak beza

  • December 24, 2020 at 03:10
    Permalink

    Semua perkara nak kau sentuh dan tak betul. Cukup2 ler …..kau bukan PM lagi. Biar lah mereka yg pakar buat kerja dan keputusannya.

    Reply
  • December 24, 2020 at 12:38
    Permalink

    Takkan nak keluarkan pendapat pun tak boleh? Dia mengeluarkan pendapat, akhirnya yang buat keputusan adalah pakar dan pihak berwajib. Apa masalahnya?

    Reply

Leave a Reply