Penganiayaan pembantu rumah, aduan secara spesifik

Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) diminta mengemukakan aduan secara spesifik berkaitan penderaan, penganiayaan serta manipulasi pekerja Indonesia untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya tidak menerima aduan secara rasmi susulan kenyataan Duta Besar Indonesia ke Malaysia Datuk Hermono berhubung isu penganiayaan terhadap Pembantu Rumah Asing (PRA) Indonesia di negara ini seperti dilaporkan semalam.

Semalam, Bernama melaporkan Hermano berkata kira-kira 90 peratus aduan diterima Kedutaan Indonesia berkaitan pekerja domestik menunjukkan trend membimbangkan antaranya tidak dibayar gaji bulanan, dan memerlukan penyelesaian segera serta menyeluruh daripada majikan serta penguatkuasaan ketat.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen memandang serius mengenai isu ini dan komited untuk tidak berkompromi kepada mana-mana majikan yang mendera, menganiaya serta memanipulasi pekerja asing.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap majikan yang melanggar undang-undang dan syarat penggajian PRA,” katanya menambah mereka akan didakwa di mahkamah jika melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan akan disenarai hitam daripada menggajikan pembantu rumah asing.

Ruslin berkata kebajikan dan perlindungan kepada Pekerja Domestik Indonesia antara perkara yang telah dimasukkan dalam Memorandum Persefahaman Antara Kerajaan Malaysia dan Indonesia Mengenai Penggajian dan Perlindungan Pekerja Domestik Indonesia di Malaysia.

Selain itu katanya, Imigresen sentiasa bekerjasama dengan agensi berkaitan seperti Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Majlis Anti Pemerdangan Orang (MAPO), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) untuk menangani isu eksploitasi pekerja asing termasuk dari Indonesia.

“Orang ramai juga diminta melaporkan dan menyalurkan sebarang maklumat berkenaan majikan yang menganiaya atau mengeksploitasi pekerja asing kepada jabatan ini supaya tindakan tegas dapat diambil terhadap majikan tersebut,” katanya.

Menurutnya, sebanyak 447,094 pekerja asing Indonesia mempunyai Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) sehingga 16 Oktober lepas, dan daripada jumlah ini, 57,916 adalah pembantu rumah asing Indonesia.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaysu Muhammad Saufa Ya’ud

Gambar lucah AI, Anna Jobling beri amaran

TMJ Tuju Kepada Ahli Politik Mana?

Ameera Khan dikritik tayang produk pro Israel

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker