[VIDEO] Baru Hadiahkan Wheelchair Elektrik, Hafiz Mahamad Sebak Loh Sahabatnya ‘PERGI’ Dijemput Ilahi – Al-Fatihah

Usahawan yang terkenal di media sosial, Hafiz Mahamad sebelum ini pernah berkongsi pada 1 Oktober lalu, dia terpaksa membatalkan semua mesyuaratnya di Kuala Lumpur demi menziarah sahabat baiknya yang sedang mengalami penyakit strok di Kelantan.

Hafiz berkongsi perjalanannya dari Kuala Lumpur ke kawasan rumah sahabatnya dekat Kelantan dan mengambil keputusan untuk terus menghantar rakannya yang dikenali sebagai Loh ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Dia stroke sebab kerja kuat, 10 tahun kerja tempat tu. Dia kata dia demam dan sakit kaki. Saya call dan suruh dia berhenti, kerja dengan saya je. Semalam saya call dia lagi, dia kata dah tak tahan. Saya terus fly ke Kelantan pagi ni.”

Menurut Hafiz, persahabatan yang sudah terjalin daripada kecil itu membuatkannya tidak sanggup untuk melihat rakan baiknya terlantar begitu, sehingga membuatkan dia berasa bertanggungjawab untuk menanggung kos rawatan Loh di hospital swasta.

Terbaru, satu khabar duka dikongsi oleh Hafiz menerusi Instastory bahawa sahabat baiknya itu telah menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.

Di dalam perkongsian yang dimuat naik itu, sewaktu kali terakhir bertemu sahabatnya itu dia sudah menyangka arwah hanya mampu bertahan dalam jangka masa yang pendek, namun jauh di sudut hati suami kepada Syafiqah Aina ini berharap Loh mampu bertahan.

Masa terakhir saya jumpa, masa tu saya dah tau berapa lama jangka hayat dia boleh bertahan. Sebab saya ada juga tanya jururawat,” katanya.

Dalam pada itu, Hafiz berdoa agar sahabatnya ditempatkan di syurga sekali gus berehat dari kesakitkan yang dihadapi oleh Allahyarham.

VIDEO DIBAWAHNYA:-

Hafiz membuat coretan di Instagram di hari pemergian sahabat sejak kecil lagi..

Ini kali terakhir aku datang sahabat

Subuh tadi saya terima call sahabat saya loh dah tak ada

Ya Allah, sebak & terkejut terus hati saya. Saya terus beli ticket flight & fly ke Kelantan

Keluarga sahabat semua tunggu saya sampai untuk uruskan jenazah

Waktu di Airport, menitis air mata saya. Rindu & cinta sangat dkt sahabat saya. Bila sampai di Kelantan terus ke bilik Jenazah, Ya Allah saya tak boleh tahan lagi diri ni

Sahabat yg membesar & selalu sokong. Sekarang berada dalam kain kafan & saya hanya mampu rasa tangan sahabat dgn sentuh kain kafan tu. Tangan sahabat tu lah yg selalu angkat doa & usap kepala saya dulu untuk tenangkan saya

Ada hikmah sebelum ni saya ada wakafkan van jenazah di masjid kampung saya. Harini, saya gunakan van tu untuk bawa sendiri jenazah sahabat saya loh

Sampai di Masjid, saya imamkan solat jenazah. Orang orang kampung saya ramai sangat datang untuk solat

Takbir pertama saya okay, takbir seterusnya. Saya start menangis, sebak, badan saya menggigil & suara saya tak dapat tahan lg sebak tu

Saya ke kubur, saya turun ke liang lahat. Saya nak sentuh & rasa tubuh sahabat saya hingga ke penamat

Loh, aku dh laksanakan janji aku dkt mu sebagai sahabat. Dari mu sakit sampai ke penamat, aku ada dgn mu. Sebab apa?

Sebab aku tahu mu nampak aku & aku nak mu tahu aku betul betul nak jadi sahabat mu dunia akhirat

Tiba waktu aku nanti loh. Selepas mu tarik keluarga ke syurga, tarik lah aku ke syurga wahai sahabat. Tenanglah mu ktsana

Aku disini akan terus berjuang untuk keluarga, team, orang memerlukan & sahabat sahabat kita yg lain loh

Ini semua “Kejayaan Demi Kebahagiaan”
Jumpa mu nanti disana nanti 🌹

“Takdir dia harini, dia sahabat paling saya sayang, rindu dan cinta. Rehat la Loh. Kita jumpa di syurga nanti,” ujarnya.

Sebelum ini, Hafiz baru saja pergi ke Kelantan untuk menghadiahkan kerusi roda elektrik bagi memudahkan urusan Allahyarham.

Saya terpaksa rentas negeri untuk sahabat saya

“Saya taknak biarkan sahabat saya giveup dengan sakit dia

“Last month saya angkat dia ke hospital, harapan saya dia kuat & sembuh. Lepas 2 minggu stay hospital, dia boleh balik & mak dia jaga di rumah tapi sampai sekarang dia tak boleh berjalan lg

“Setiap hari saya call, sebab taknak sahabat saya ni rasa sunyi. Sebelum PKPD saya call & saje tanya “loh dh mandi ke?”

“Dia kata “belum hafiz, dari sejak lepas keluar hospital, hanya lap dgn kain basah je. Aku pun pakai pampers je”

“Sebak hati saya dengar, saya nak fly ke Kelantan time tu tak boleh sebab tak boleh rentas negeri

“Lepas beberapa minggu, saya buat swab test & Semalam saya decide untuk terus ke Balai Polis minta kebenaran. Alhamdulilah mereka benarkan untuk saya bantu sahabat. Besar pahala mereka, InsyaAllah

“Harini, bila sampai je rumah sahabat. Tengok dia dengan ber “pampers” & terbaring je. Selera makan kurang & badan pun makin kurus. Sebak hati ni, mata pun nak berair sebenarnya

“Saya cukur apa yg patut, bersihkan dia & guntingkan rambut. Handsome sangat dia, nampak ceria sangat Alhamdulilah

“Bila saya bawa kerusi elektrik tu. Sahabat saya nampak, mata dia terus berair & dia tahan. Saya angkat dia naik atas kerusi tu

“Ya Allah, happy sangat! Walaupun dia tak boleh berjalan, saya happy sebab boleh tengok dia bergerak dengan kerusi tanpa orang tolak.

Dia happy sangat.

VIDEO DIBAWAH:-

“Aku sayang pada sahabat, sebab Allah yg wujudkan rasa rindu, pengorbanan ini & cinta dalam hati ini untuk sahabat

“Sahabat, Aku akan ada sampai penghujungnya dengan mu & tak akan aku lupa janji waktu kita kecil dulu sahabat”

 

Dalam masa yang sama, Hafiz turut tidak menyangka bahawa van jenazah yang pernah diwakafkan olehnya untuk kegunaan masjid kampungnya itu telah menjadi kenderaan terakhir buat sahabat baiknya itu.

Ada hikmah sebelum ni saya ada wakafkan van jenazah di masjid kampung saya. Harini, saya gunakan van tu untuk bawa sendiri jenazah sahabat saya Loh.

Ramai netizen turut merasai kesedihan yang dialami oleh Hafiz dalam masa yang sama mendoakan Allahyarham di sana.

Semoga Hafiz terus kuat menjalani hidup tanpa sahabat baiknya dan dapat terus membantu mereka yang memerlukan.

Sumber: Video Instagram Hafiz Mahamad

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker