Rakan Dakwa Salah Tak Gembira Di Anfield

LONDON: Bekas rakan sepasukan Mohamed Salah, Mohamed Aboutrika berkata penyerang Liverpool itu tidak gembira di Anfield dan akan meninggalkan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan.

Pendedahan itu pasti disambut baik Juventus yang dilaporkan mahu menandatangani Salah.

Salah antara peledak terbaik dunia dan jaringannya membantu Liverpool menikmati kejayaan di pentas domestik dan Eropah – EPL dan Liga Juara-Juara.

“Dia marah. Dia mendedahkan… walaupun ia tidak menjejaskan persembahannya di atas padang.

“Saya tahu Salah tidak lagi gembira bersama Liverpool, dia juga menerangkan kepada saya mengapa, tetapi ia adalah rahsia dan saya tidak boleh mendedahkannya.

“Saya berpendapat Liverpool sedang mempertimbangkan untuk menjual Salah atas faktor kewangan.

“Saya tidak mempunyai pengaruh di atas keputusannya, dia kawan baik saya dan cukup bijak untuk mengetahui apa yang terbaik untuknya,” kata Aboutrika.

– AGENSI

Julang Piala EPL : Hari paling bermakna buat Klopp

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker