Lelaki bunuh bakal ibu mentua ditahan

Kota Marudu: Lelaki yang menetak bakal ibu mentuanya sehingga mati di Kampung Kuyuh, Pitas, di sini, kelmarin akhirnya ditahan selepas keluar daripada lokasi persembunyiannya, malam ini.

Difahamkan, lelaki itu bersembunyi di kawasan hutan di Kampung Binanjar, Paitan, namun keluar daripada persembunyiannya kerana kelaparan.

Lelaki berusia 29 tahun itu ditahan kira-kira 8 malam oleh sepasukan pegawai dan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu di sebuah rumah di kampung itu.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superintendan Mohd Izaan Abdullah berkata, selepas kejadian di Pitas, suspek terbabit melarikan diri ke Kampungnya di Paitan.

Katanya, selepas tiba di kampung, suspek dikatakan menyembunyikan diri di dalam kawasan hutan di tepi kampung berkenaan.

“Kami menjalankan pemantauan di kawasan hutan itu sejak kelmarin dan suspek dikesan memasuki rumah seorang saudaranya.

“Rumah itu diserbu dan akhirnya suspek berjaya ditahan 8 malam tadi (hari ini),” katanya dalam kenyataan media, sebentar tadi.

Mohd Izaan berkata, suspek dipercayai masuk ke rumah itu kerana kelaparan.

“Suspek dibawa ke IPD Kota Marudu untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Dalam kejadian 11.15 malam kelmarin, ibu kepada tunang suspek lelaki berkenaan dikenali sebagai Habibah Abungon, 68, mati akibat ditetak.

Dalam kejadian itu, empat sekeluarga yang berada di rumah turut cedera diserang suspek yang mengamuk selepas dikatakan enggan memutuskan tali pertunangannya. HM

Putus tunang, lelaki amuk tetak bakal ibu mentua hingga mati

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker