Kapal layar mewah karam di perairan Itali

ROM, ITALI – Sembilan penumpang dan kru berjaya diselamatkan kelmarin apabila sebuah kapal layar mewah tenggelam di perairan selatan Itali, lapor agensi berita United Press International.

Kapal layar sepanjang 40 meter dinamakan My Saga itu dipercayai menghadapi masalah ketika cuaca buruk.

Berdasarkan rakaman video yang dirakam pasukan Pengawal Pantai Itali, kapal mewah itu terumbang-ambing semasa  laut bergelora dekat wilayah Calabria sebelum karam.



Satu daripada dua bot rondaan di kawasan tersebut berjaya menyelamatkan seorang kru dan empat penumpang, manakala sebuah bot tunda menyelamatkan empat kru yang lain selepas itu.

Mereka dibawa ke lokasi selamat di Catanzaro Marine.

My Saga bagaimanapun tenggelam dan tidak dapat ditunda ke pesisir pantai berikutan cuaca buruk.

Rakaman video menunjukkan buritan kapal layar itu tenggelam terlebih dahulu sebelum bahagian hadapannya karam.



Dibina di Itali pada 2007, kapal layar mewah itu digunakan di laut selama 15 tahun, demikian menurut laman berita Super Yacht Times.

Ketika pelayaran terakhirnya, ia memulakan perjalanan dari Gallipoli  menuju ke Milazzo apabila kapten kapal menghubungi Pihak Berkuasa Pelabuhan Crotone bagi meminta bantuan.

Menurutnya, air laut memasuki kapal tersebut melalui bahagian buritan dengan pantas.

Pihak berkuasa masih menyiasat punca kemalangan tersebut. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Suami Tengku Maimun buat hantaran negatif, bimbang pengaruhi keputusan pertuduhan – Najib

Amelia Henderson Terlalu Seksi, Peminat Doa Ada Lelaki Boleh Bimbingnya



Penyanyi Lelaki Selamba Cium BCL Atas Pentas Dikecam Netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker