Gajah naik minyak, pekebun menggigil ketakutan

Gajah naik minyak, pekebun menggigil ketakutan

GUA MUSANG – Seorang pekebun menggigil ketakutan selepas ternampak dua ekor gajah liar mengamuk dan mengeluarkan bunyi yang kuat ketika memusnahkan kebun pisangnya dalam kejadian di Kampung Subong di sini baru-baru ini.

Mokhtar Osman, 42, berkata, dalam kejadian pada pukul 7.30 pagi itu, dia terus melarikan diri kerana bimbang berlaku kejadian yang tidak diingini sebelum memaklumkan kepada pekebun lain.



Katanya, kehadiran haiwan liar itu menyebabkan kira-kira 500 tanaman seperti pisang, kelapa dan buah-buahan musnah hanya dalam sekelip mata.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Ketika ini orang kampung takut untuk pergi ke kebun bagi mengambil hasil buah-buahan mereka kerana amukan gajah dua beranak itu begitu menakutkan.



“Ini merupakan kejadian kali ketiga berlaku selepas kebun getah dan buah-buahan kami dimusnahkan oleh dua ekor gajah liar itu sejak lima hari lalu,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Tambahnya, kawasan itu mempunyai kira-kira 100 pekebun dan mereka resah dengan kejadian tersebut.

Menurut Mokhtar, sebelum ini, seekor gajah jantan liar dipercayai mengamuk dan memijak dua ekor lembu ternakan penduduk hingga mati di kawasan kampung itu pada April lalu.

Seorang lagi pekebun, Abdullah Abdul Ghafar, 60, berkata, serangan gajah itu berlaku dalam tempoh empat bulan sejak haiwan itu menyerang kebun mereka bulan April lalu.



Sehubungan itu, katanya, penduduk kampung berharap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara dapat memindahkan dua ekor haiwan liar itu se­perti yang dilakukan terhadap gajah yang mengamuk empat bulan lalu. K Online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Gajah naik minyak, pekebun menggigil ketakutan



Nak tahu siapa Nazri sebenar, baca kenyataan lalunya – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker