Pembunuh bersiri mati sebab Covid-19

Venice: Pembunuh bersiri paling dikenali di Itali, Donato Bilancia meninggal dunia disebabkan Covid-19, semalam.

Dia yang berusia 69 tahun dikenali kerana membunuh 17 orang pada Oktober 1997 hingga April 1998 di beberapa kawasan terutama di Liguaria, utara Itali.

Susulan kekejaman itu, dia dihukum penjara seumur hidup dan menghembuskan nafas terakhir di pusat tahanan di Padua, lebih 40 kilometer dari sini.

Media tempatan melaporkan antara mangsa Bilancia adalah empat pelacur, pembantu stesen minyak, pengawal dan beberapa wanita di tandas kereta api.

Dia gagal dalam pembelaannya dan pada 12 April 2000 selepas menjalani perbicaraan selama 11 bulan, Bilancia didapati bersalah atas 13 tuduhan membunuh dan dipenjara seumur hidup.

 

Selamat Tinggal GERAK KHAS

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker