Naim, kakak cemas kenderaan terbabas

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel berdepan detik cemas apabila kenderaan dipandu kakak hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan dalam kemalangan di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), pagi semalam.

Menceritakan kejadian itu, Naim memberitahu, kenderaan pacuan empat roda dipandu kakak hilang kawalan sebaik melepasi Plaza Tol Kajang Selatan, pada jam 11.30 pagi.

“Kemalangan ini rezeki daripada Allah. Saya dan kakak okay… Tiada yang teruk pun. Cuma rahang terkehel dan punggung sakit.

Naim berkongsi foto keadaan kenderaan pacuan empat roda yang remuk selepas kemalangan, pagi semalam, dalam entri Instagram. Foto IG Naim Daniel
Naim berkongsi foto keadaan kenderaan pacuan empat roda yang remuk selepas kemalangan, pagi semalam, dalam entri Instagram. Foto IG Naim Daniel

 



“Kakak pula terhentak ke stereng kereta,” katanya kepada BH Online.

Naim berkata, kakaknya cuba mengelak sesuatu selepas meninggalkan plaza tol, namun, terlanggar pembahagi jalan.

Berikutan itu, kenderaan dinaiki mereka remuk bahagian depan, cermin retak dan tayar pecah.

Ketika kejadian itu, mereka dalam perjalanan dari Semenyih ke Sri Pentas di Bandar Utama, Petaling Jaya.



“Dalam kekalutan itu, saya sempat mengambil cakera padat (CD) Blackpink dan Noh Salleh yang disimpan dalam kenderaan itu kerana risau hilang.

“Susah hendak cari semula kedua-dua album itu jika terjadi apa-apa,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker