Lewandoski dinobat Pemain Terbaik FIFA 2020



Sebaran :

Robert Lewandoski diangkat sebagai Pemain Terbaik FIFA 2020. -Gambar fail

PEMAIN Bayern Munich, Robert Lewandoski diangkat sebagai Pemain Terbaik FIFA 2020.

Dia menewaskan pemenang tahun lalu Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.



Penyerang Poland itu mengumpulkan 55 jaringan dalam 47 perlawanan musim lalu.

Dia turut membantu kelab gergasi Jerman itu menjulang Piala Treble.

Lewandowski juga muncul penjaring terbanyak dalam liga Jerman dan Liga Juara-Juara Eropah.



Kemenangan Lewandowski memecahkan monopoli pemain utama Messi dan Ronaldo yang silih berganti menang anugerah itu.


Sebaran :


Leave a Reply