Nor ‘Phoenix’ Diana ahli gusti profesional Malaysia berhijab tersenarai dalam Forbes ’30 under 30 Asia’

Gadis kecil molek yang baru sahaja berumur 20 tahun dikenali dengan nama Nor ‘Phoenix’ Diana merupakan pro wrestler berhijab pertama di Malaysia.

Beliau telah tersenarai dalam Forbes ’30 Under 30 Asia’ tahunan kelima di bawah kategori Sukan dan Hiburan.

Gadis kelahiran Kuala Lumpur ini pernah mendapat perhatian dunia apabila menjadi wanita pertama memenangi kejohanan Malaysia Pro Wrestling (MYPW) pada tahun lalu.


Menurut editor Forbes ’30 Under 30 Asia’, Rana Wehbe , “Individu yang disenarai sebagai `30 Under 30 Asia’ Forbes pada tahun ini adalah mereka yang menginspirasikan keyakinan bagi menghadapi tahun yang mencabar ini.

Pemain tenis wanita nombor satu dunia Ashleigh Barty, pengasas MyraSwim, Bianca Anstiss daripada Australia serta pelumba kereta berumur 14 tahun, Juju Noda daripada Jepun turut tersenarai.

Senarai 2020 menampilkan senarai 30 Under 30 Asia yang pelbagai, dengan membabitkan 22 negara dan wilayah, mewakili rantau Asia-Pasifik.


Memetik daripada Instagram Nor Diana sendiri pula, beliau berbangga dan berbesar hati disenaraikan dalam #ForbesUnder30 Asia.

“Terima kasih kepada semua yang sudah memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi dan terima kasih juga kepada yang melemparkan tohmahan yang saya ambil sebagai pembakar semangat untuk lebih maju ke hadapan. “

Selain daripada itu, beliau turut memanjangkan ucapan terima kasih buat seluruh ahli keluarganya dan katanya lagi, pencapaian ini dihadiahkan untuk almarhum ibunya yang sudah tiada dengan harapan supaya pencapaian ini dapat membanggakan ibunya. SM

‘Tolong jangan kongsi foto lama saya tak berhijab’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker