Covid-19 : 1220 kes baru hari ini dengan 3 kematian

Kementerian Kesihatan melaporkan 1,220 kes baru dalam tempoh 24 jam lalu, sementara 1,297 kes pulih.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor terus mencatatkan kes harian tertinggi dengan 368 kes diikuti Kuala Lumpur (297 kes) dan Sabah (184 kes).

“Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan tiga kes kematian hari ini,” katanya dalam kenyataan.

Majlis Keselamatan Negara (Rasmi):
Status terkini COVID-19 setakat 17 Disember 2020

Jumlah sembuh baru: 1297 kes
Jumlah kumulatif discaj: 74030 kes (83.1%)

Jumlah kes baru: 1220 kes
Jumlah kumulatif: 89133 kes
Jumlah kes aktif: 14671 kes

Kes tempatan: 1214 kes
Kes import: 6 kes

Jumlah kematian baru: 3 kes (2 WN, 1 BWN)
Jumlah kumulatif kematian: 432 kes (0.48%)

Jumlah kes di ICU: 106 kes
Pesakit intubated: 53 kes

Pada hari ini, 17 Disember 2020, negara kita telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,220 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 89,133 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 14,671 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat enam (6) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,214 kes.

Negeri Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 368 kes (30.2 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 247 kes (67.1 peratus) adalah dari kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang giat dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang melaporkan sebanyak 297 kes (24.3 peratus) dan negeri Sabah sebanyak 184 kes (15.1 peratus).

Sebanyak 135 kes (11.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (98 kes), Kluster Tembok (36 kes), dan Kluster Penjara Seberang Perai (1 kes).

Kementerian Kesihatan mengenalpasti tiga kluster baharu membabitkan Kuala Lumpur dan Sabah.

Kluster berkenaan adalah Kluster Jalan Rusa yang dikesan di daerah Cheras, Kuala Lumpur; Kluster Tapak Bina Pasifik membabitkan daerah di Lembah Pantai, Kuala Lumpur; manakala Kluster Maringkan melibatkan daerah Telupid dan Ranau di Sabah.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker