Macam Mana Boleh Sangkut Ni Nak?

Serdang: Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan sakit beberapa minit selepas kepalanya tersangkut di pintu jeriji rumahnya di Taman Puncak Jalil di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.43 tengah hari tadi.

“Seramai enam anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, anggota bertugas mendapati kepala seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun tersangkut pada bahagian atas pintu jeriji pintu rumahnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, anggota bertugas menggunakan peralatan khas bagi memotong jeriji berkenaan sebelum mangsa berjaya dikeluarkan beberapa minit kemudian.



“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu,” katanya.

Budak lelaki 6 tahun tergelincir, kaki tersangkut dalam lubang tandas



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker