Kerajaan PH yang buat keputusan ganti feri dengan katamaran pada 2019
Perkhidmatan feri bukan ditamatkan seperti didakwa Guan Eng.
Menteri Pengangkutan DAP yang buat keputusan ganti feri dengan bot laju pada tahun 2019.
Kerajaan PN teruskan keputusan untuk ganti feri dengan bot laju. Perkhidmatan pengangkutan laut Pulau Pinang tidak ditamatkan.
Kerajaan DAP Pulau Pinang sendiri yang tak berhasrat untuk ambil alih perkhidmatan feri.
Jika benar-benar perkhidmatan pengangkutan laut ditamatkan seperti dibohong Guan Eng pun, masih ada terowong ajaib dia.
Posting penipuan DAP baru tadi: Pulau Pinang “dikhianati” oleh Kerajaan PN lagi❗️ Ini bukan kali pertama PN mengkhianati Pulau Pinang.
RM100 juta yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2020 untuk membina kereta kabel di Bukit Bendera dan jaminan pinjaman bank untuk membina LRT juga dimansuhkan.
FB NAJIB RAZAK
Sebelum ini Lim Guan Eng menyifatkan kerajaan tidak sensitif dan tiada perasaan apabila memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan feri Pulau Pinang selepas 126 beroperasi.
Setiausaha Agung DAP itu berkata, langkah itu akan membuang keseronokan pergi ke Pulau Pinang dengan cara tradisional, sedangkan George Town adalah sebuah bandar Warisan Dunia UNESCO.
Menurutnya, sebelum ini Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah memindahkan perkhidmatan feri kepada Penang Port Sdn Bhd daripada Prasarana Berhad supaya perkhidmatan feri dapat dikekalkan dengan pembayaran tunai sebagai insentif.
Kerajaan jamin khidmat feri Pulau Pinang diteruskan