Monumen Strawberi Guna 1,876 botol

Cameron Highlands: Sebanyak 1,876 botol minuman plastik terbuang digunakan oleh kakitangan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang untuk menghasilkan monumen buah strawberi di sini.

Monumen strawberi itu ditempatkan di Taman Pertabalan, Tanah Rata , kini telah menjadi lokasi yang popular di kalangan pelancong yang datang bercuti ke tanah tinggi yang berhawa tinggi itu.

Penolong Pengarah Kanan SWCorp, Hajidah Md Noh berkata monumen itu diusahakan oleh kakitangan SWCorp dari seluruh Pahang sempena Sambutan Hari Perancang Bandar Sedunia dan Kempen Let’s Do It Right 2020 yang dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail baru-baru ini.

“Botol berkenaan dikutip di tepi jalan di seluruh Pahang dan juga melalui sumbangan individu kumpulan atau melalui aktiviti gotong-royong setempat.

SWcorp tingkat sasaran kadar kitar semula 40 peratus menjelang 2025

“Seramai 20 kakitangan SWCorp memerah keringat selama sebulan untuk menyusun, 1,876 botol supaya terbentuk sebagai buah strawberi gergasi itu, katanya.

Beliau berkata monumen yang berukuran 2.8 meter lebar dan 2.8 meter tinggi itu kini menjadi lokasi baru tempat pelancong yang berkunjung ke daerah itu singgah untuk mengabdikan kenangan di situ untuk bergambar-HM

Fabrik Botol Plastik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker