Siasatan punca kematian Adib diketahui tidak lama lagi

Kuala Lumpur: Hasil siasatan terhadap penyebab kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim akan dimaklumkan tidak lama lagi, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, siasatan polis kini di peringkat akhir dan hasil siasatan akan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara.

“Kedudukan sama ada (wujud) penyebab-penyebab sehingga berlaku kematian Adib, tidak lama lagi akan kita maklumkan kepada semua,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di sini.

Beliau menjawab isu yang dibangkitkan RSN Rayer (PH-Bukit Jelutong) yang bertanyakan tempoh selesai siasatan kematian Muhammad Adib.

Keadilan buat Adib: Tunggu polis tahan pembunuh, kata Takiyuddin

Allahyarham Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara disebabkan kecederaan parah dialaminya dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun yang sama.

Pada 27 September tahun lalu, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Muhammad Adib disebabkan perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui.

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan satu inkues diadakan semula berhubung kes kematian Muhammad Adib berikutan terdapat saksi baharu yang akan tampil memberi keterangan berhubung kematian anggota bomba dan penyelamat itu.

 

Pas sambut baik siasatan kes Adib diteruskan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker