Ini sebab kenapa saya meninggalkan Anwar Ibrahim – Rafizi Ramli

 

Dah dua tahun saya tak ambil tahu mengenai perjalanan politik negara atau parti.

Memang niat saya untuk tinggalkan politik ini kepada yang lain.

Kebelakangan ini ramai yang berhubung bertanya mengenai dakwaan Akmal Nasir yang kononnya menghina Anwar Ibrahim

Ini pandangan saya.



Pandangan saya diketahui umum oleh reformis dan veteran parti.

Ramai juga yang tahu dan sedar yang ada beberapa kerat yang mengelilingi Anwar ini adalah “opportunis haprak” yang membawa budaya berbahaya dalam parti: mereka bawa budaya “gangster” dan “politik wang menabur duit dan janji”.

Saya pernah tegur Anwar sejak dua tahun lalu.

Jadi teguran Akmal ada asasnya.



Anwar perlu pandai pilih orang kelilingnya yang menjadi penjaga tol ke pejabatnya.

Dulu pilih Azmin, tengok apa yang jadi.

Yang ada sekarang ni pun dua kali lima. Semasa kita berjuang dan keluar masuk lokap untuk membebaskan Anwar, dia tak pernah ada pun.

Bila dah menang tahun 2018, berhari-hari dia berkampung di depan Hospital Cheras untuk mula menempel.



https://mykmu.net/2018/01/09/saman-menanti-rafizi/

Tiba-tiba menjadi pembela parti dan orang paling setia kepada Anwar Ibrahim, sedangkan tindak tanduk mereka boleh menjatuhkan parti dan Anwar Ibrahim.

Sekarang mereka mula pula sasarkan pimpinan seperti Akmal untuk diburukkan supaya mana-mana pimpinan yang boleh ada pandangan bebas dan kekuatan yang boleh mengancam mereka menjadi pembodek tegar; perlu disingkirkan dengan cara ini.

Orang tanya saya kenapa saya tak berminat. Tak kasihankan dengan Anwar Ibrahim?

Saya jenis yang tak suka bercakap benda yang sama berulang-ulang.

Kalau dah nasihat itu diberi dan nampaknya tidak berkesan, maka biarlah Anwar tanggung sendiri risiko menyimpan jenis-jenis opportunis di keliling beliau.

Saya nasihatkan kepada semua yang berhasrat menunggang parti ini demi kekayaan dan kedudukan peribadi – lebih baik jangan kacau saya.

Saya mungkin tidak berminat untuk turut serta; tapi saya masih benci jenis-jenis politikus yang banyak merosakkan nama baik politik. Dalam mana-mana parti, ada saja “species” ini.

Kalau species ini banyak buat kacau, boleh saja saya kacau balik.

* Rafizi Ramli merupakan naib presiden PKR dan bekas ahli Parlimen Pandan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker